Pages

once upon : Trip to Tasik Kenyir



Asslamualaikum , HYE .



ini cerita lama , tapi entry nya baru di publish . bulan lepas , ayah aku rancang nak pergi Tasik Kenyir sebab ke-boring-ngan melanda seluruh rumah  . hakikatnya kerja rumah berlambak cuma malas je nak buat . so , sepantas kilat aku search dalam internet pasal Kenyir . kitorang tak pernah pergi sana walaupun kitorang tinggal di Terengganu . 

bila nak melancong pergi jauh jauh . baru best nak melancong kan . kalau takat dalam negeri tak rase sangat macam melancong . even kat Agro Resort pun kitorang tak pernah pergi sedangkan tempat tu sangat lah dekat dengat rumah kami . 

balik pada cerita aku tadi , godek punye godek pasal Kenyir mak aku cakap nak gi Cameron pulak . aku lagi laa suke . panas2 macam ni lepak cameron best jugak . bila bagi tau ayah aku dia pulak yang tak nak . 

nak di pendek kan cerita . selepas kami bertepuk tampar , sepak terajang ayah aku cakap pergi Kenyir Lake . oke . kami turut perintah driver . sekarang driver berkuasa . tanpa driver tak kemana lah kami . ye dak ?

bila kami sampai ade orang sambut kami . dia tanye nak ke mane , nak buat ape . untunglahh . lagipun kami memang tak tahu nak tuju ke mana . yang aku tahu , bila sampai terus je cari tandas . dah jadi macam habit pulak , bila sampai ke destinasi terus ke tandas . bukan nak kencing berak sangat pun . entahh laa .

tengah parents aku berurusan dengan tuan bot , sempat la jugak kami bergambar sepam dua .



baiklah , adik aku posing agak menjadi . dan aku kelihatan agak pelik di situ . 




tangan dia memang automatik begitu bila di suruh posing . automatik ok .

malangnya kami tak dapat pergi ke tempat IKAN KELAH yang best tu . kalau nak ke sana , tiket perlu dibeli awal-awal lagi . dan perlu berada di sana pada pukul 12 tengahari . dengan waktu kami saat itu , masih ada kurang setengah jam .tapi perjalanan ke sana ambil masa yang sedikit panjang , so kami terpaksa kuburkan keinginan tersebut . ahhh -.-'




   

pemandangan di sekitar tasik ini sangat indah . sangat teruja melihat gugusan pulau yang terhasil dari tasik buatan sendiri ini . best layan perasaan semasa dalam bot . dengan hembusan angin yang super cool . hehe . 



salah satu dari banyak-banyak pulau di situ . errmm , korang tak rase macam ade cerita ke di sebalik pulau ni ? nampak macam 'something' je . hehe .

     
 
  
tempat pertama yang kami tuju . TAMAN HERBA

kat taman herba ni korang boleh tengok macam-macam jenis herba . macam kacip fatimah dan tongkat ali yang pokoknya sangat tinggi dan kurus . hehe .


pastikan korang singgah di PONDOK HARMONI ni bila berada di taman herba . tak SAH kalau tak singgah . cehh , main hukum pulak . hehe .


di pondok ini desediakan air rebusan herba. seperti tongkat ali , kacip fatimah dan satu lagi aku lupa name ape . hehe . korang boleh minum .


 tengok , memang fresh minuman tadi . dan masih panas lagi masa kitorang minum tu . herba rebusan yang asli , bukan import dalam kotak .


even adik aku yang kecik ni pun bantai sekali kacip fatimah dengan tongkat ali . haha . 


ni masa kami kat air terjun SAOK . abaikan aku yang kecik tu . tumpukan pada air yang terjun mecurah curah tersebut .

aku pergi bukan dalam cuti sekolah . so boleh mandi puas-puas sebab tak de orang sangat . mungkin kalau korang pergi time cuti sekolah , manusia berduyun duyun . 

kami sempat pergi 2 tempat tu je . aku masih tak puas hati sebab tak sempat nak pergi tempat ikan kelah tu . jelous dengan exco-exco asrama yang ikut trip ke kenyir tahun lepas . 


ini lahh tempat yang aku nak sangat pergi tu . 


sebab jelous gilaa tengok diorang dikerumuni ikan ikan yang sangat besar itu . boleh dipegang ditangkap disentuhh . ahhh . suatu hari nanti aku ke sana . bila ada masa lagi . 

---------------------------------------------------------------------------------

Tasik Kenyir ni sangat sesuai bagi sesiapa yang sayangkan alam sekitar . banyak lagi tempat menarik yang boleh di lawati di sini . air terjun pun banyak , bukan hanya di SAOK tadi je . 



bagi sesiapa yang suka aktiviti lasak tapi tak mampu nak tahan lasak , sesuai sangat la ke sini kerana berdekatan dengan Taman Negara . korang boleh lawat gua-gua kat sini . boleh daki-daki bukit atau boleh naik tangga je senang . hehe . koraang juga boleh berkayak , boleh mandi berenang dan sebagainya .

bagi perempuan , SPA pun ade kat sini kalau nak rehat-rehat minda dan manjakan badan anda .


memancing pun boleh kat sini . tengok ikan besau besau naa . ayah aku dah pasang seribu angan-angan nak datang memancing dengan geng dia kat Kenyir Lake ni . haha . tahh jadi ke tak tuu dengan tak de masenye .

kalau datang dengan rombongan sekolah lagi best . ye lahh , semua muda belia lagi dan masih larat kalau nak mendaki bukit , meredah hutan atau menyelam dengan kapal selam . terbaaiikk ! hehe .

korang boleh jenguk page dia untuk maklumat lanjut . http://www.kenyirlake.com/home.htm . kat sini korang boleh terus usha resort dan pakej-pakej yang disediakan .


notahati : keep jelous farah -.-'





3 comments:

  1. Kak fahz dah pergi kenyir bulan lepas time school holiday.So stay kat kenyir lake resort.Sgt2 awesome la kenyir.Tenang dan mengasyikkan..sampai skarang masih teringat2 suasana kat resort yg mendamaikan tu :)

    ReplyDelete
  2. @Nur Fahz

    memang kat situ mengasyikkan kak fahz . lepas ni bolehh la pegi pula . mana tahu terserempak dengan farah kat sana . hehe :)

    ReplyDelete
  3. woot woot..seronoknya...=)


    Perlu ke free education di Malaysia?

    http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/04/free-education-do-we-really-need-it.html

    ReplyDelete

assalamualaikum .
semua boleh komen di sini .

p/s : BUDI BAHASA AMALAN MULIA :)