Pages

Kuatlah wahai hati.





Assalamualaikum. Selamat sejahtera kepada non-Muslim.


Kau tahu. 
Bila kau nak berubah, 
sedang berubah walaupun tak sepenuhnya lagi 
kau akan rasa ramai sangat yang menentang niat kau. 

Ramai sangat yang tak suka dengan perubahan kau. 

Ramai sangat yang kutuk kau. " tak payah nak HIPOKRIT sangat lahh babe, macam baik je macam alim jee macam baguss jee. " 
even orang yg duk kutuk kau, duk kata tak suka kau berubah tu tak pernah amik tauu pasal hidup kau pun sebelum ni. 


Sabar je laa. Persetankan kan semua tuu. 

Yang nak hidup sape? 

Biar saja mereka di tempat mereka.

Kau! 
Ubah tempat kau. 
Tempat yang lebih baik. 
Tempat yang lebih selamat.

Persetankan semua yang macam mereka,
yang menentang kau untuk berubah yang kata kau hipokrit . 

Sebab mereka tu setan.

Manusia. Tapi setan.

Hasut kau macam setan.
Hasut kau, jangan berubah,
jangan dekat dengan Allah.

Jadi kau jangan henti, jangan takut untuk berubah.
Jangan mengalah.
Persetankan saja setan tu.


UJIAN. Ya, mungkin mereka ujian. Kau akan merasa ujian tersebut.

Sumber : Google
Ingat satu. Jika kita niat untuk berubah kerana Allah, Allah akan hantar orang-orang yang sepatutnya untuk kita. InsyaAllah, Dia permudahkan niat kita.


Aammiiinnn.





Sabar itu Indah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA KPD NON-MUSLIM.


Ya, sabar itu separuh dari iman.
Semua tahu . 

Tapi setakat mana aku boleh bersabar?

Setakat mampu ?
Setakat boleh sabar ? setakat mana ??

Banyak kena sabar .


Sabar bila lapar.
Sabar bila sakit.

Sabar kena marah.
Sabar ditimpa ujian.

Sabar ada kawan hipokrit.
Sabar kena tunggu kawan.
Sabar bila kawan berkira bila kau tak pernah berkira dengan dia.

Sabar ada banyak kelas dengan assignment berlambak.

Sabar kena kutuk.
Sabar kena bebel.
Sabar bila dimalukan.

Sabar bila WIFI kolej lambat macam siput :)

Semua orang ada pengalaman sabar sendiri.

Paling susah, sabar bila kawan tikam belakang.
Aku pernah kena, aku pernah sabar.

Aku sabar,
tetap sabar.

Sampai tahap aku tak larat 
Aku tak mampu.

Aku marah.
Aku kutuk.

Tapi apa yang jadi lepas tu?
Aku tetap kena sabar.

Hahahaha .
Jadi mana indahnya sabar tu?

Nak tahu,
Sabar je lahh .


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (vs) Kolej Matrikulasi Johor


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada non-muslim .


tak sangka cepat sangat masa berlalu . terasa seperti cuti masih panjang dan masih lama aku perlu berada di rumah . haihh . malaih ah nak kemas barang hikhik(point sebenar) .

so IPTA mane yang aku pilih ? Matrix ka . UIAM ka . hahaha setelah sekian lama beremosi di facebook , aku akhirnya dapat buat keputusan untuk hidup aku .




Universiti Islam Antarabangsa Malaysia . (Asasi Sains Kemanusiaan )

universiti yang menjadi Impian aku. pernah aku termimpi mimpi sedang belajar di universiti ini . betapa aku sangat2 mengimpikan IPTA ini . sebab apa? aku sendiri tidak pasti . barangkali kerana aku terlalu terpengaruh dengan rakan-rakan aku yang lain . 

-UIAM best !  
-UIAM syok laa , suasana macam obersis . 
-UIAM , ikhtilat kita terjaga insyaAllah .

-UIAM , universiti molek. susoh nak dapat sane wehh. kalau dapat tuh kira bertuah sangat laa .
-lagipun UIAM kan asasi . jimat masa kan ?

dan banyak lagi laa yang aku dengar . betapa aku terlalu menaruh harapan untuk UIAM ini . aku pohon dua kos untuk UIAM ni . pertama - Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan. kedua - Asasi Sains Kemanusiaan . walaupun aku tak nak kos kedua ni , aku tetap pohon . haihh . 

And guess what ? take a look on this print screen :)


I got it ! 
tapi , disebabkan ini lah perasaan aku berkecamuk. apa yang aku rasa serba tak kena . aku mengharapkan pilihan pertama , Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan . tapi dapat Asasi Sains Kemanusiaan . bersyukurlah Farah ! Redho saja . memang , sekian lama aku memujuk hati aku . 




Kolej Matrikulasi Johor ( Perakaunan )

sebelum keputusan IPTA di umumkan lagi , aku dah yakin untuk ke KMJ . borang dah diisi . Otograph dan Cop Jkkk telah tercalit di borang tersebut . Yuran dah dibayar . segala keperluan dah di sediakan . memang exited sangat aku nak ke Matrix .

banyak yang aku dengar tentang keburukan Matrix . sangat tinggi risikonya . sanggupkah aku menempuhinya? 

-Kat situ study start 8 pagi sampai 5 petang . Kau sanggupkah ?

-Kat situ kena struggle betul2 . tak leh nak rehat ahh .

-Matrix kau kena pastikan yang kau dapat pointer tinggi . atas dari 3.5 .

-Matrix tak jamin dapat masuk Universiti yang kau nak lahh . tambah2 UIAM .

-Matrix susah nak masuk Universiti dan Course yang kau nak . banyak manusia lagi yang nak compare dengan kau . STPM ade lagi .

memang betul semua yang aku dengar tuh. Aku tahu . tapi setelah aku kaji sepenuhnya , susahnya sama je dengan asasi . both aku perlu struggle . kalau malas , ape pun tak jadi . walau amik Diploma sekalipun .

disebabkan terlalu buntu samada untuk meneruskan niat aku ke KMJ atau berpaling arah ke UIAM , aku tanya Pak sedare aku keburukan dan kebaikan UIAM . Pak Google hikhik .

habis group dalam FB aku join. dan ramai jugak laa senior2 UIAM aku add dekat facebook . for what ? untuk tanye soalan lahh hahas . dengan muka yang tak tahu malu tanye itu dan ini . apa yang aku nak tahu sangat hanyalah tentang Pertukaran kos .aku akan ke UIAM jika aku dapat tukar kos .  

setelah dikaji  dari blog ke blog , dari seorang ke seorang senior , dari satu group ke group yang lain , permohonan pertukaran kos memang boleh di situ . kenapa tak nak sangat Human Sceince ni , teruk sangat ka ? bukan . aku telah kaji tentang kos ini . 

Ya Allah , prospek pekerjaan bagi kos ini sangat luas . banyak bidang yang mungkin boleh diceburi . tapi , tiada kaitan dengan matlamat hidup aku . so kenapa aku mesti pilih kos yang tiada kaitan dengan matlamat aku ? yakin kah aku akan terus berusaha untuk terus berjaya? berjaya untuk apa ?

memang , aku tak seperti orang lain. mereka merebut peluang yang ada didepan mata kerana mereka yakin , mereka boleh sesuaikan diri mereka dengan peluang itu . aku ? aku  nak lakukan sesuatu yang menyeronokkan aku . supaya aku tidak menyesal sepanjang hidup aku . nonsense kan ? tapi itu aku .

OK . UIAM pilihan aku dah diorang kata boleh tukar kos . print surat tawaran serta beli baju dan barang2 keperluan lain . Namun hati aku tetap gemuruh , perasaan masih berkecamuk , tidak yakin. Kata sahabat aku " Istikarah lah . kan Allah dah kate , tanye Dia bila tak tau nak buat pilihan . Caranya Istikarah " . aku meneruskan lagi istikarah aku.

mungkin keputusan aku salah .jadi aku tanye balik senior UIAM . boleh kah pohon UIAM selepas matrix . Alhamdulillah , dia beri penjelasan yang sangat padat untuk aku . sangat panjang dan jelas . mungkin UIAM bukan jodoh aku lagi . dan aku redho jika aku tidak diterima ke UIAM lepas matrix . kate nak kejar matlamat . jadi kejarlahh , cuba capai matlamat tersebut . UIAM itu hanya impian . 

tapi sekarang, dah banyak nasihat yang aku terima . 

Farah , kuatkan imann bila berada ditempat orang .
Farah , jangan terlalu sosial . 
Farah , kejar matlamat kamu . jaga batasan pergaulan dan syariat kamu .
Farah , insyaAllah jumpa di Universiti nanti . UIAM mungkin hikhik .
Farah !! 4Flat okehh ! hahaha .


InsyaAllah sahabat . hehe :)

so , aku bakal penuntut Kolej Matrikulasi Johor . Daftar 27Mei2013 . amek kau , raya nanti nak gi shoping kain baju kat Tangkak sampai muntah . nak enjoy kat Legoland puas puas . Nak pegi Singapura jugak . hahas . (sekadar sedapkan hati sendiri sebab nak tinggal rumah untuk masa yang lama dengan jarak yang jauh huhu )


p/s : Allah tak berikan apa yang kita mahu . Dia berikan kita , apa yang kita perlu :)








temuduga PISMP : a little experience , a lot of lessons .



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada non-muslim yang bace entry ini :)


semangat berkobar kobar nak tulis entry pasal interview tadi . first experience ,tak de lahh teruk sangat . disebabkan IPG Dato' Razali tu agak jauh , aku bertolak seawal 6.30 pagi lagi . awal la kot. hikhik.

actually aku tak rase nervous langsung tadi . yakin pun tak jugak . aku pergi tanpa membawa apa-apa perasaan .hanya membawa hati yang mati , tanpa rasa dan jiwa . cehh . INSAK tak de laa susah macam aku bayangkan . soalan yang lebih kurang statement . dan kita hanya jawab setuju atau tidak setuju . 135 soalan dalam masa 30minit .

aku sesi kedua interview . sebelum masuk bilik interview , kami diberi sticker untuk tulis name dan 'tepek' dibaju . (u know what is tepek? tepek is a verb . it means lekatkan . hahaks :D) . kemudian dokumen2 penting kami di serahkan kepada penginterview tadi . setelah selesai semuanya baru lah kami dipanggil masuk ke bilik C .

baiklahh . aku masuk kebilik tersebut masih tanpa apa2 perasaan . penginterview tuhh baik sangat , aku tak rasa ape-ape laa . duduk , betulkan badan , dan pandang mereka berdua . seterusnya dia mula bertanyakan soalan . 

" kenapa nak jadi cikgu Matematik . kenapa tak jadi cikgu lain ? berapa gred ADDMATHS dan MATH ? "

semua orang jawab , " kerana saya minat subjek Matematik sejak kecil lagi . saya suka buat soalan matematik dan bla bla bla  "

aku ? aku jawab sejujurnya . dan of course lahh yang jujur ni lain dari yang lain . hahas . 
" kerana subjek Matematik adalah subjek yang lebih senang berbanding subjek-subjek lain ." it means bukannya aku minat sangat matematik macam mereka .

dan setelah mereka memberitahu gred maths dan addmaths mereka , aku sedikit merendah diri . ye lahh , aku sorang je yang dapat B addmaths . diorang semua A+ dan A- . wuuwuuuwuuu , tapi budak kat tepi aku tuhh kurang ketinggian . so aku masih boleh merasa tinggi diri kot hikhikhik.

kami diarahkan untuk tengok video dalam lap top mereka . dan soalan seterusnya yang ditanya berkaitan video tersebut 100% .

tapi bila mereka tanya soalan seterusnya ,jiwa aku kacau . bukan ke tadi aku dah tinggal semua perasaan ni kat rumah ? hak sapaa laa mai jangkit kat aku nii . nervous gilaa saat itu . tapi aku ikut nasihat kawan aku , CONTROL MACHO . hahas , tak boleh ahh nak control ayu , silap silap tak keluar suara ni , ayu sangat . hehe :)

disebabkan aku tergolong dalam kalangan pelajar yang bijak so setiap soalan yang di ajukan mendapat bertubi-tubi jawapan . dan aku ? ahhhh , kering otak . ape yang aku nak jawab diorang dah jawab . bertambah laa nervous aku lepas tuu . so aku jawab je ape yang aku nak kate walaupun jawapan yang same dengan mereka . 

soalan-soalan seterusnya , aku berusaha untuk menjadi orang pertama yang menjawab setiap soalan . hahaha . tak sangka yg aku boleh confident sampai begitu sekali . confident nak jawab first je laa . tapi masa tengah jawab tuhh , ayat tongkang tebalik . tak sangka BM aku lagi teruk dari BI dan grammar aku tok sahh kata laa . 

saat itu aku terfikir , " ehh sejak bilaa pulak aku gagap ?" .

EYE CONTACT ? hahaha . lupakan pasal benda nii . aku hanya tengok mata dia time dia tanye soalan. mase tengah jawab soalan , aku akan tengok ke tingkap belakang atau ke tangan mereka . tak pe , mungkin dia faham dengan BODY CONTACT aku . body contact yang keterlaluan . kaki aku tak henti bergerak dan memang tak boleh dihentikan tambah-tambah mase aku tengah bercakap . jika kaki ini berhenti dari bergerak , nescaya mulut aku akan kaku dan tidak dapat mengeluarkan suara . kaki tu yang push out suara aku . hahahaha mengarut lagi .

ada dia tanye soalan , " kita sudah sedia maklum bahawa pelajar di pedalaman agak malas contohnya seperti menghafal sifir . jadi bagaimana cara anda untuk mengatasi masalah ini "

yeah seperti biasa , aku akan angkat tangan first untuk menjawab soalan .(percayalah dgn perbuatan aku yg aku sendiri tak percaya aku akan lakukannya tp aku dah lakukannya ) .

dengan sedikit keyakinan, " saya akan tetap membantu mereka sehingga mereka mampu mengingati sifir2 tersebut . saya juga akan cuba Mencipta formula baru mungkin seperti nyanyian (saat ini aku teringatkan Gwiyomi hahaha) dan cuba untuk memotivasikan mereka supaya sedar bahawa ilmu itu sangat berguna bagi mereka . takkan mereka nak tinggal selamanya di pedalaman dan tidak mahu menjadi seorang yang berjaya seperti orang lain . jika bukan mereka siapa lagi yang boleh membuktikan bahawa masyarakat pedalaman juga boleh berjaya." begitu lahh lebihh kurang . ayat sebenar sangat lintang pukang dan tidak seperti ayat . hahaha :D

tetiba salah sorang dari penginterview itu ketawa dengan jawapan aku . lantas berkata :

"awak nak reka formula sendiri ke ? nak reka yang baru ? hahaha "

ahhh korang ,tolong rase sendiri ape yang aku rase saat dia tanye macam tuu . dengan muka yang Super Evil. cis rendahkan kebolehan aku yerr. aku buat Gwiyomi sebagai contoh kang baru tahuu .

dengan keyakinan yang semakin kurang . " Ya ." dan tunduk kebawah . memang FAIL !

dan soalan-2 selepas tu berjalan seperti biasa . aku lahh salah sorang manusia yang bercakap gagap dan BM yang tahap E kot . kenapa mesti saat ini aku gagap . they keep asking about the video , dan akhir sekali dia suruh kami buat kesimpulan berkaitan video tersebut . 

sebenarnya , jika 10 soalan yang di tanya kpd kami jawapan kami mesti lebih kurang same dan tak sah kalau tak cakap yang " hidup di pedalaman agak sukar dan mempunyai banyak kekurangan kemudahan pengangkutan dan bla bla bla . " begitu jugalahh kesimpulan kami . aku rase macam aku je yang senyum saat di interview tuhh . orang lain semua serious dan nampak yakin dengan jawapan mereka . aku ? kadang-2 ketawa dengan jawapan aku yang tah pape dan ayat yang lintang pukang . ohhh -.-'


yeee , aku memang tak serious dengan IV ni . aku menghadirinya kerana aku ingin merasa pengalaman di interview . menjadi guru bukanlahh cita-cita aku . dan aku sebolehnya tidak mahu jadi pendidik . itu bukan sesuatu yang aku kejarkan . tapi andai itu rezeki aku dan sudah tercatat bahawa itu pekerjaan aku , aku redho .

so , sesiapa yang nak pergi interview tuhh sila kumpulkan keyakinan anda . jangan jadi seperti aku . terkena serangan hendap si gagap ketika di bilik interview . hehe . good luck semuo ! hehe ^_^



Yakin , Sahabat dan Ujian . ohhh , betapa indahnya hidup ini .


assalamualaikum .


Tidak pasti kenapa aku tetap ingin menulis di blog sedangkan borang interview masih belum di tulis dan di isi . mungkinkah kerana sekelumit rasa ketidakyakinan yang hadir ke dalam lubuk hati aku yang paling dalam ini kerana terpaksa menghadiri interview tanpa seorang teman sekolah . di tempat yang tidak di kenali , tanpa sebarang pengalaman interview sebelum ini ? 

Mungkin , sebab YAKIN itu yang terlalu jauh dengan aku . 
lalu bagaimana aku boleh terus hidup tanpa keyakinan dalam diri sebelum ini . aku sendiri tidak pasti . 

Barangkali kerana aku punya sahabat yang hebat. mereka mengumpul sedikit dari keyakinan mereka dan berikan terus kepadaku . supaya aku lebih kuat dan punya semangat untuk meneruskan hidup lagi . 

Benar , aku hidup kerana adanya mereka . aku berjaya berkat dari tiupan semangat dan hasil keyakinan yang diberi mereka kepada aku dulu. DULU , saat aku jatuhh kecundang kerana terlalu taksub dan tunduk dengan perasaan sendiri .

Ummmpphh . terlalu banyak jasa mereka ke atas aku. takkan aku lupakan setiap nasihat yg pernah aku dengar dahulu.kini , aku perlu kumpulkan sendiri keyakinan itu .menyeru rasa itu menghampiri aku. dan tidak lari tika dia sudah dekat denganku. tapi bagaimana ? 


------------------------------------------------------------------------------------------


Semalam , aku berbual dengan seorang yang agak ku kenali . sudah lama tidak berhubung dengan dia . rindu untuk terus mengetahui apa yang dia temui sepanjang hidup dia . mungkinkah orang seperti ku lagi ? hahaha :D

Tidak . hidup dia banyak berubah . baguslahh . sama seperti aku .

Kami berkongsi kisah hidup kami , dan YA ALLAH . ternyata begitu berat ujian yang terpaksa di lalauinya . Sakit , Dianayai oleh kawan sendiri, Kewangan, Kasih sayang dan tak lupa Cinta terhalang . Allah . semua itu dengan sekali rasa saja . bagaimana dia boleh terus kuat ? KAGUM. dan aku tahu , dia kuat kerana tidak mahu melihat orang yang disayanginya terus lemah . 

Kalau aku pasti tidak mampu menahan semua rasa itu . aku tahu , aku lahir dari keluarga yang sudah agak senang. dan aku tak pernah kenal erti kejatuhan . oke, even aku dapat nombor last dalam kelas aku tahu aku tidak jatuh.tapi aku yang tak ingin naik.dan aku tahu saat itu aku tidak berusaha . lalu , kenapa mesti mengeluh dengan sesuatu yang tidak pernah aku usahakan ? 

Ya , Berjaya itu bukan kerana kamu selalu cemerlang dalam peperiksaan sahaja. Berjaya juga adalah tika kamu boleh BANGKIT dari kejatuhan . 

Aku sangka , aku sudah kuat setelah di uji dengan begitu berat Tahun lepas. tahun aku ambil SPM . tapi sangkaan aku meleset . hidup aku mungkin masih panjang, dan banyak lagi ujian yang harus aku lalui. tambahan pula bila aku study di luar negeri .

Ujian yang pernah aku lalui itu masih tidak cukup berat lagi . Allah mengetahui segalanya . dan mungkin bila tiba masanya , Allah menguji setakat mana aku beristiqamah dengan segala niat yang telah aku pasang sedikit demi sedikit ini . untuk menjadi seorang muslimah seperti sahabat sahabatku yang lain . Allahuakbar ! 




Lihat sahaja sekarang , aku masih mahu mengeluh dengan apa yang aku ada . sedangkan orang lain lebih susah dari aku . hanya kerana tiada teman ke interview aku sudah berasa lemah . hanya kerana tidak tahu bagaimana perlu dipupuk keyakinan itu aku terus gundah gulana .sedangkan dia , boleh terus berdiri tanpa ada sahabat sehebat sahabat aku . 

astaghfirullahalazimm Farah . kamu kata kamu muhasabah diri . tapi benarkan apa yang kamu muhasabah itu ? atau sekadar terdetik di hati tanpa bermuhasabah diri ? Allah .


notahati : Hidup ini Memang Terlalu Indah Dan Luas Untuk Diterokai . Lalu Kenapa Mesti Melatah Dengan Ujian Yang Hadir ? Tanpa Ujian Kita Tidak Mengenal Diri Sendiri dan Kita Takkan Jumpa Di Mana Keindahan Sebenar Hidup Ini :)


kau pakai tudung kompem syurga ke ?


assalamualaikum to all muslims yang bace entry ini .

bismillahirrahmanirrahim . alhamdulillah masih ada masa nak taip entry . hehe . walaupun bukan busy sangat pun duk kat rumah . well , 24 jam online . sampai bila nak jadi penganggur bah ? ececeh , badget cakap sabah bah pulak . terpengaruh dengan lagu [mr.bie] .

ade tak lepasan SPM yang macam aku ? menganggur jee duk kat rumah , nak cari kerja malas . hehe . kite geng lahh ! 

so bila duk kat rumah je , aku akan online 24jam . tapi mintak jangan terasa hati laa kalau ade sesiapa yang aku terlambat eply chat-nya . sebab walaupun aku online 24jam , bukan aku stay depan lappy 24jam tersebut . harap faham yee . hehe :)

hurm , actually aku taip entry ni sebab nak menterjemahkan kekecewaan aku terhadap segelintir manusia yang masih berfikiran sempit . hehe , standard gila kot ayat aku , macam fikiran aku luas sangat . 

tak de laa , dah jadi rutin aku bila online . suka sangat tengok2 gambar . tak kire gambar ape , islamik ke , lawak ke , perempuan ke , lelaki ke . aku tengok je . sebab tu aku asyik duk share gambar je sekarang ni . hehe .

dan aku ade laa usha dan jenguk2 facebook seorang wanita , mungkin remaja . sangat cantik , comel dan seksi . huhu . ramai yang komen gambar dia puji-puji dia cantik dan cute dan hensem dan sebagainya . aku akui , memang betul ape yang diorang semua puji tuu . diorang tak menipu . sampai la aku terbaca komen seorang hamba Allah yang lelaki ni .

" cantik laa . tapi lagi cantik kalau dia pakai tudung :) "

oke . bagi aku agak berbahasa teguran dia . tak de kurang ajar .

then lelaki asing datang komen . "macam GF kau ? "

dan diorang berbalas komen kejap hingga laa tuan gambar sendiri yg komen .

" dah macam laa GF kau tu masuk syurga sebab pakai tudung "

--------------------------------------------------------------------------------------

baiklah , semua dah sedia maklum bahawa komen macam ni berlambak dekat facebook . dan aku sendiri tau ramai yang dah bagi pencerahan kepada 'gegirls' yang selalu duk komen lagu tuhh . 

macam laa komfem masuk syurga sebab pakai tudung :

tetapi yang aku kecewanya , kenapa masih ade yang jawab macam ni even dah belambak pencerahan kat facebook ? susah sangat ke nak terima nasihat orang lain ? ramai antara kita yang tahu perkara tersebut salah tapi kita tetap jugak buat . kenapa ? baiklahh , mungkin sebab keadaan sekeliling yang tak membenarkan kita menerima nasihat dan teguran tersebut . ataupun for sure lagi , iman kita yang nipis sangat dan hati kita terlalu keras .

mereka seolah-olah terlalu bangga dengan pujian yang bertimbun-timbun dan berbakul-bakul yang mereka perolehi dari sehari ke sehari . mendorong mereka untuk terus pakai seksi , mekap tebal , tangkap gambar dan letak dalam facebook , twitter , instagram dan semua laman sosial yang lain . apa sangat nasihat yang sedikit itu dengan pujian yang berbukit bukau ini . tak boleh lawan laa derr .

so salah siapa ? kita yang like , kite yang komen kate dia cantik , kita yang share . cube kalau komen tersebut dipenuhi nasihat , dan tak payah like dan share gambar dia . kalau ade button unlike lagi bagus . klik ramai-ramai . baru dia terasa yang dia but tu salah dan orang tak suka . dan takkan dia nak letak lagi gambar-gambar dia dalam laman sosial kan ?

mungkin sebab tu USTAZ AZHAR IDRUS pernah kata , haram like dan share gambar orang tak tutup aurat sebab menggalakkan lagi dia post lebih banyak gambar . dan HARAM tu bukan berdosa ke ? lebih baik kita tak buat apa-apa . tak like tak share dan tak dapat apa-apa . daripada like atau share dan dosa . 

ada  jugak yang kata . " ingat semua yang pakai tudung tu baik lahh ? dan jangan ingat semua yang tak pakai tudung tuh jahat ."
baiklah , disini aku nak tegaskan bahawa istilah 'dont judge the book by its cover' amat tidak releven untuk di tuju kepada seseorang yang awak tak pernah kenal dan jumpa . dan dia hanya kenal dan tahu awak melalui gambar dan status awak dalam facebook . mungkin istilah tersebut sesuai untuk yang kenal awak sangat-sangat . 

sebab walaupun wujud istilah tersebut , orang tetap pilih wajah untuk dijadikan pakwe/makwe . cantik wajah dulu yang penting then bila dah lama kenal baru tahu hati dia baik jahat . betul tak ?

insyaAllah aku pesan ni pun untuk diri aku jugak . berdakwah ade banyak cara . mungkin dengan mulut laser orang yang menegur di facebook tu , boleh lembut kan hati orang yang di tegur . apa guna ada blogspot , facebook , twitter kalau tak guna pada jalan yang betul . tambah-tambah sekarang ni musim PRU-13 . bersusun-susun fitnah , datang dari setiap pelusuk . hehe . insyaAllah , kita fikir baik-baik yang mana fitnah dan yang mana betul . fikir ikut islam , kita kan islam . hehe :)

-------------------------------------------------------------------------------------

aku selalu je rendah diri bila nak nasihat orang . sebab aku akui , dulu aku mungkin agak teruk. hati batu , muka tembok (sebab tak tahu malu) , dan macam-macam lagi . aku percaya , kalau korang godek-godek facebook aku korang akan jumpa aku yang dulu . dan masih ade gambar aku bertudung agak sing*** yang tak dapat di padam sebab duk dalam facebook orang lain .



tapi semua orang boleh berubah dengan hidayah DIA . dan tak de siapa yang tahu bagaimana Allah berikan hidayah tersebut kepada hamba-NYA . hanya orang tersebut yang dapat rasakan pemberian Allah yang tak ternilai itu . Ya Allah betapa sayangnya DIA kepada hamba-Nya walau aku ni sangat banyak dosa . dia masih sedarkan aku walau dengan cara yang agak keras . namun cara itu lah yang telah membuat iman ku tersentak , seolah-olah ada yang mengejutkan aku dari tidur yang penjang . 

Allah . malunya aku pada diri sendiri , pada kawan-kawan , pada ibu bapa , pada kenalan aku yang lain dan pada MU Ya Allah . terasa diri ini sangat kerdil , sangat hina disisi-Mu tika mengimbas kembali dosa aku dulu .

dosa yang aku sangkakan kenangan itu .

dan aku tak akan lupakannya kerana aku masih ada kenangan tersebut setiap kali aku terasa iman ku goyah . goyah dan ingin ulangi kesilapan aku yang dulu . insyaALLAH , aku jadikan kenangan tersebut sebagai pengajaran dalam hidup aku . 

bukan senang meninggalkan aku yang dulu . buktinya ?

- walau pakaian aku berubah , sedang belajar pakai tudung labuh . tapi orang tetap ingat pakaian aku yang dulu . 

- first time aku start pakai hand guard kat sekolah , aku kene sound . bukan budak-budak yang sound aku , tapi sebaya . mungkin sebab dia terlalu kenal aku . dan tika itu sedikit pendirian aku goyah . agak sukar untuk beristiqamah saat itu .

- dan selalu je ade orang yang pandang aku dengan muka menyampah . aku dapat agak ape yang terlintas dalam fikiran dia . HIPOKRIT . yeahh , ituu laahh . alangkah bagus kalau mereka boleh bagitau semua tu depan muka aku terus . daripada terus mengumpat mengumpat dan tambah pahala aku . tapi aku yakin , aku tak kan dapat harungi semuanya jika mereka kata semua tu depan muka aku . huihh , Ya Allah tetapkanlahh pendirian aku .

sepatutnya kita di negara islam tak terasa janggal nak amalkan perintah islam . tapi sekarang apa yang aku rasa , berlainan . awak , if kita tak nak pakai tudung labuh atau ape-ape yang berkaitan . jangan lah kutuk orang yang pakai tudung labuh ni . hehe . tak baik tau . kesian dia sebab kadang hati dia boleh tersentuh dan iman dia kadang boleh tergugat . sebab dia pun sedang belajar untuk jadi yang lebih baik walau dia masih tak cukup baik . 

entry ini di taip ikhlas dari hati sanubari aku yang terkadang sangat sensetif ni . hehe . insyaALLAH nasihat ni untuk aku sendiri jugak  dan untuk muslimah di luar sana . kita semua pernah buat salah dan ada zaman gelap masing-masing . sebab kita hanyalah manusia . tak lari dari kesilapan . 

akhir entry , aku minta maaf jika penulisan aku agak kasar dan ade sesiapa terasa . thanks sebab baca sampai habis entry yang 'ter'masuk dengan sedikit luahan jiwa raga . hihiks ^_^

assalamualaikum :)





Rasa



Kau tak kan pernah faham
Walau kau pernah ada kat tempat aku sekarang.

Mana kau tau kita punye rasa yang sama?

Hati kita lain lain.
Begitu juga rasa.

once upon : Trip to Tasik Kenyir



Asslamualaikum , HYE .



ini cerita lama , tapi entry nya baru di publish . bulan lepas , ayah aku rancang nak pergi Tasik Kenyir sebab ke-boring-ngan melanda seluruh rumah  . hakikatnya kerja rumah berlambak cuma malas je nak buat . so , sepantas kilat aku search dalam internet pasal Kenyir . kitorang tak pernah pergi sana walaupun kitorang tinggal di Terengganu . 

bila nak melancong pergi jauh jauh . baru best nak melancong kan . kalau takat dalam negeri tak rase sangat macam melancong . even kat Agro Resort pun kitorang tak pernah pergi sedangkan tempat tu sangat lah dekat dengat rumah kami . 

balik pada cerita aku tadi , godek punye godek pasal Kenyir mak aku cakap nak gi Cameron pulak . aku lagi laa suke . panas2 macam ni lepak cameron best jugak . bila bagi tau ayah aku dia pulak yang tak nak . 

nak di pendek kan cerita . selepas kami bertepuk tampar , sepak terajang ayah aku cakap pergi Kenyir Lake . oke . kami turut perintah driver . sekarang driver berkuasa . tanpa driver tak kemana lah kami . ye dak ?

bila kami sampai ade orang sambut kami . dia tanye nak ke mane , nak buat ape . untunglahh . lagipun kami memang tak tahu nak tuju ke mana . yang aku tahu , bila sampai terus je cari tandas . dah jadi macam habit pulak , bila sampai ke destinasi terus ke tandas . bukan nak kencing berak sangat pun . entahh laa .

tengah parents aku berurusan dengan tuan bot , sempat la jugak kami bergambar sepam dua .



baiklah , adik aku posing agak menjadi . dan aku kelihatan agak pelik di situ . 




tangan dia memang automatik begitu bila di suruh posing . automatik ok .

malangnya kami tak dapat pergi ke tempat IKAN KELAH yang best tu . kalau nak ke sana , tiket perlu dibeli awal-awal lagi . dan perlu berada di sana pada pukul 12 tengahari . dengan waktu kami saat itu , masih ada kurang setengah jam .tapi perjalanan ke sana ambil masa yang sedikit panjang , so kami terpaksa kuburkan keinginan tersebut . ahhh -.-'




   

pemandangan di sekitar tasik ini sangat indah . sangat teruja melihat gugusan pulau yang terhasil dari tasik buatan sendiri ini . best layan perasaan semasa dalam bot . dengan hembusan angin yang super cool . hehe . 



salah satu dari banyak-banyak pulau di situ . errmm , korang tak rase macam ade cerita ke di sebalik pulau ni ? nampak macam 'something' je . hehe .

     
 
  
tempat pertama yang kami tuju . TAMAN HERBA

kat taman herba ni korang boleh tengok macam-macam jenis herba . macam kacip fatimah dan tongkat ali yang pokoknya sangat tinggi dan kurus . hehe .


pastikan korang singgah di PONDOK HARMONI ni bila berada di taman herba . tak SAH kalau tak singgah . cehh , main hukum pulak . hehe .


di pondok ini desediakan air rebusan herba. seperti tongkat ali , kacip fatimah dan satu lagi aku lupa name ape . hehe . korang boleh minum .


 tengok , memang fresh minuman tadi . dan masih panas lagi masa kitorang minum tu . herba rebusan yang asli , bukan import dalam kotak .


even adik aku yang kecik ni pun bantai sekali kacip fatimah dengan tongkat ali . haha . 


ni masa kami kat air terjun SAOK . abaikan aku yang kecik tu . tumpukan pada air yang terjun mecurah curah tersebut .

aku pergi bukan dalam cuti sekolah . so boleh mandi puas-puas sebab tak de orang sangat . mungkin kalau korang pergi time cuti sekolah , manusia berduyun duyun . 

kami sempat pergi 2 tempat tu je . aku masih tak puas hati sebab tak sempat nak pergi tempat ikan kelah tu . jelous dengan exco-exco asrama yang ikut trip ke kenyir tahun lepas . 


ini lahh tempat yang aku nak sangat pergi tu . 


sebab jelous gilaa tengok diorang dikerumuni ikan ikan yang sangat besar itu . boleh dipegang ditangkap disentuhh . ahhh . suatu hari nanti aku ke sana . bila ada masa lagi . 

---------------------------------------------------------------------------------

Tasik Kenyir ni sangat sesuai bagi sesiapa yang sayangkan alam sekitar . banyak lagi tempat menarik yang boleh di lawati di sini . air terjun pun banyak , bukan hanya di SAOK tadi je . 



bagi sesiapa yang suka aktiviti lasak tapi tak mampu nak tahan lasak , sesuai sangat la ke sini kerana berdekatan dengan Taman Negara . korang boleh lawat gua-gua kat sini . boleh daki-daki bukit atau boleh naik tangga je senang . hehe . koraang juga boleh berkayak , boleh mandi berenang dan sebagainya .

bagi perempuan , SPA pun ade kat sini kalau nak rehat-rehat minda dan manjakan badan anda .


memancing pun boleh kat sini . tengok ikan besau besau naa . ayah aku dah pasang seribu angan-angan nak datang memancing dengan geng dia kat Kenyir Lake ni . haha . tahh jadi ke tak tuu dengan tak de masenye .

kalau datang dengan rombongan sekolah lagi best . ye lahh , semua muda belia lagi dan masih larat kalau nak mendaki bukit , meredah hutan atau menyelam dengan kapal selam . terbaaiikk ! hehe .

korang boleh jenguk page dia untuk maklumat lanjut . http://www.kenyirlake.com/home.htm . kat sini korang boleh terus usha resort dan pakej-pakej yang disediakan .


notahati : keep jelous farah -.-'





Mini Segmen by Nurirwane


assalamualaikum . selamat sejahtera for non-muslim :)



nak kene tag 3 rakan blogger . 
second : nuril nadzirah
third : idayu 

this is my facebook link : JAGIYA FARAH


oke , done . sape yang nak join klik banner yep !





segmen lari pecut dari blog ke blog : Aisyah humaira'

                                               



nak join just klik banner . 

Tamat :
24/4/2013 Jam 10 malam


adakah jawatan atau amanah yang kau terima ?




Assalamualaikum , salam sejahtera .


pernah tak korang dilantik pegang jawatan besar ? so rase ape ? best ke , syok ke , hebat ke sebab boleh jadi orang besar atau ape ? 

ummphh . itu lah ape yang aku fikirkan dulu . best jadi ketua kelas , penolong kelas , biro atau seumpamanya sebab boleh arah orang buat kerja then rase macam aku lah boss

dulu aku memang pandang rendah dengan jawatan biro . ape lah sangat dengan jadi biro tu . ade student yang perangai entah ape , bila jadi biro terus skema . sikit-sikit nak report orang bawak henset , sikit-sikit nak tangkap orang tak gi prep . padahal dulu dia buat jugak .

tapi , sejak aku di lantik jadi penolong kelab tahun lepas . agak terasa berat nye tanggungjawab aku . seperti berat nye ape yang ditanggung biro yg pernah aku kutuk dulu . jawatan yang aku sangkakan senang tapi sebenarnya susah . dengan sikap anak buah yang agak degil dan masa aku yang agak ketat dengan kelas . 

namun aku tetap jalankan tanggungjawab tersebut setakat mampu . jelas kedengaran kutukan dan suara tak puas hati mereka . walau bukan secara 'live' , pasti ada yang report kat aku . tak pe lah , mungkin ini hanya ujian yang sedikit nak dibandingkan dengan ketua BADANI sekolah dan biro asrama .


alhamdulillah , aku punya rakan yang selalu bagi sokongan pada aku . walaupun mereka juga terkadang letih dengan sikap aku yang terlalu skema . 

' malas ahh nak turun latihan . letih . '

memang itu lah yang selalu di balas rakan2 aku bila di ajak turun latihan setiap petang . aku juga liat nak pergi . kalau boleh nak di batalkan latihan setiap minggu . tapi apa guna aku sebagai penolong . walau malas bagai nak gila ,diorang tetap turun bersama aku . inilah sahabat :)



kita terima jawatan itu , bukan hanya kerana sijil . tetapi terima jawatan tersebut bererti kita perlu memikul amanah . amanah itulah yg sangat berat .




amanah . tanggung di dunia , jawab di akhirat ! lihat sahaja , makhluk lain tidak sanggup untuk memegang amanah tetapi kita, manusia yg sanggup memegang amanah tersebut sebagai khalifah Allah di muka bumi . lalu apa yg kita buat sepanjang hidup kita ? adakah kita sudah jalankan amanah kita ?

hairan bila melihat kebanyakan orang sekarang yg tidak kisah dengan amanah . berebut rebut untuk mendapat jawatan . tapi tidak di pegang amanah itu seeratnya . apa mereka berebut untuk menambah dosa yang sedia ada ? 

perlu sentiasa ingatkan diri , segalanya pinjaman dari Allah . bukan jawatan itu yang dibawa ke akhirat . bukan pangkat itu yang menjadi bekal . hanya amalan tika didunia yang akan di bawa pulang . dunia ini hanya tempat persinggahan dari satu perjalanan yang jauh .


nota hati : cuma secebis perkongsian dari pengalaman aku .