Pages

adakah jawatan atau amanah yang kau terima ?




Assalamualaikum , salam sejahtera .


pernah tak korang dilantik pegang jawatan besar ? so rase ape ? best ke , syok ke , hebat ke sebab boleh jadi orang besar atau ape ? 

ummphh . itu lah ape yang aku fikirkan dulu . best jadi ketua kelas , penolong kelas , biro atau seumpamanya sebab boleh arah orang buat kerja then rase macam aku lah boss

dulu aku memang pandang rendah dengan jawatan biro . ape lah sangat dengan jadi biro tu . ade student yang perangai entah ape , bila jadi biro terus skema . sikit-sikit nak report orang bawak henset , sikit-sikit nak tangkap orang tak gi prep . padahal dulu dia buat jugak .

tapi , sejak aku di lantik jadi penolong kelab tahun lepas . agak terasa berat nye tanggungjawab aku . seperti berat nye ape yang ditanggung biro yg pernah aku kutuk dulu . jawatan yang aku sangkakan senang tapi sebenarnya susah . dengan sikap anak buah yang agak degil dan masa aku yang agak ketat dengan kelas . 

namun aku tetap jalankan tanggungjawab tersebut setakat mampu . jelas kedengaran kutukan dan suara tak puas hati mereka . walau bukan secara 'live' , pasti ada yang report kat aku . tak pe lah , mungkin ini hanya ujian yang sedikit nak dibandingkan dengan ketua BADANI sekolah dan biro asrama .


alhamdulillah , aku punya rakan yang selalu bagi sokongan pada aku . walaupun mereka juga terkadang letih dengan sikap aku yang terlalu skema . 

' malas ahh nak turun latihan . letih . '

memang itu lah yang selalu di balas rakan2 aku bila di ajak turun latihan setiap petang . aku juga liat nak pergi . kalau boleh nak di batalkan latihan setiap minggu . tapi apa guna aku sebagai penolong . walau malas bagai nak gila ,diorang tetap turun bersama aku . inilah sahabat :)



kita terima jawatan itu , bukan hanya kerana sijil . tetapi terima jawatan tersebut bererti kita perlu memikul amanah . amanah itulah yg sangat berat .




amanah . tanggung di dunia , jawab di akhirat ! lihat sahaja , makhluk lain tidak sanggup untuk memegang amanah tetapi kita, manusia yg sanggup memegang amanah tersebut sebagai khalifah Allah di muka bumi . lalu apa yg kita buat sepanjang hidup kita ? adakah kita sudah jalankan amanah kita ?

hairan bila melihat kebanyakan orang sekarang yg tidak kisah dengan amanah . berebut rebut untuk mendapat jawatan . tapi tidak di pegang amanah itu seeratnya . apa mereka berebut untuk menambah dosa yang sedia ada ? 

perlu sentiasa ingatkan diri , segalanya pinjaman dari Allah . bukan jawatan itu yang dibawa ke akhirat . bukan pangkat itu yang menjadi bekal . hanya amalan tika didunia yang akan di bawa pulang . dunia ini hanya tempat persinggahan dari satu perjalanan yang jauh .


nota hati : cuma secebis perkongsian dari pengalaman aku . 




1 comment:

  1. Amanah tu adalah tanggungjawab yang diberikan kpd kita.Walaupun hanya menyampaikan "Salam" itu jugak sebagai amanah.. :) entry yang bagus :))

    ReplyDelete

assalamualaikum .
semua boleh komen di sini .

p/s : BUDI BAHASA AMALAN MULIA :)