Pages

Trip to Bangkok - Part 1

Assalamualaikum dan hi!

Harini Farah nak cerita pasal trip travel Farah ke Bangkok dan Hua Hin dengan adik-adik Farah. Kami pergi 4 hari dan 1 hari ke Hua Hin. Tapi di post ni, Farah akan cerita hari pertama kami di Bangkok je dulu.

6 Februari 2020

Kami gerak ke KLIA menaiki bas Star Shuttle dari Bus Stop Batu 3, Jalan Ipoh. Harga tambang RM12 je seorang. Tiket ni kami beli online je, dan bas ni available sampai pagi. Biasa kalau naik flight pagi, Farah akan beli tiket pukul 4 pagi sebab tempoh perjalanan dari Jalan Ipoh ke KLIA memakan masa lebih kuran 1 jam 30 minit. Pandai-pandai lah budget masa bila nak boarding. 

Pukul 9 malam kami sampai ke Don Mueang Aiport dan perkara pertama yang kami buat adalah beli Sim Card. Ada tiga jenis Telco yang ramai orang suggest, Truemove, AIS dan DTAC. Ketiga-tiga telco ini ada benefit yang lebih kurang sama, tapi sebab kawan kawan kami ramai suggest untuk guna Truemove, jadi kami guna Truemove saja. 

Better beli simkad di Airport, sebab simkad yang dijual outside Airport kadang-kadang lebih mahal. Keluar je dari arrival hall akan ada banyak branch yang jual Telco ni, so amat mudah untuk dapatkan simkad. Dia akan terus register dan pasangkan Simkad ni untuk korang, boleh terus guna.

Kemudian, kami pergi cari surau. Sebab first time kami sampai sini, agak lama kami cari surau ni. Surau ni terlatak di level Departure (Level 3), diantara International Departure (Terminal 1) dan Domestik Departure (Terminal 2).

jagiyafarah
Boleh rujuk Directory ni.
Surau berada di Wing sebelah kanan Directory ni. 
Surau di sini sangat kemas dan bersih. Tandas di surau juga disediakan pili air, tidak seperti tandas lain. Telekung juga disediakan bagi ruang solat wanita. 



Tandas surau
Selesai solat, kami terus bergerak ke hostel kami di Pratunam. Kami boleh naik Public Transport ataupun Grab ke Hostel tetapi kami pilih untuk naik Grab kerana hari sudah gelap dan kami bertiga perempuan. 

Kalau nak naik Public Transport pun senang je. Naik Bas No A3 di Gate 6, ke Stesen Mo Chit. Dari Stesen Mo Chit tu, naik BTS Skytrain ke Stesen Phaya Thai. Di Stesen Phaya Thai tukar naik Airport Railway ke Stesen Ratchaprarop, hanya satu stesen dari Phaya Thai. Hostel kami berdekatan Airport Railway Stesen Ratchaprarop dan hanya perlu jalan kaki lebih kurang 500m ke hostel kami. 

Oleh kerana hostel kami tiada 24 hours receptionist, kami telah memaklumkan kepada pihak hostel yang kami akan sampai lebih lewat dari pukul 10 malam. Receptionist available sampai pukul 10 malam sahaja. Kemudian, kami diberi satu instruction oleh pihak hostel untuk self check in dan perlu mendaftar di receptionist pada pagi esok. 


Kami perlu letak kod untuk ambil access card di kotak ini.
Access Card
Dan ini pandangan dari dalam bed kami. Selimut dan towel disediakan.
Ruang dalam bed ni agak luas dan yang penting ada langsir yang tebal untuk privacy. 

Setibanya di hostel, kami mengemas barang dan keluar ke 7 Eleven berdekatan untuk membeli makanan untuk makan malam. Sebab kami sampai malam, jadi kami tak berjalan banyak sangat. Semasa makan, kami berbincang serba sedikit tentang aktiviti esok dan terus tidur. 


7 Februari 2020

Dari hostel kami berjalan ke Pratunam Brigde untuk naik Ferry. Kami Search Feel Myanmar Restaurant untuk ke Bridge tersebut kerana di Maps, kami tak jumpa nama bridge tu, mungkin ianya di tulis dalam tulisan Thai. 

Kami naik ferry ke Phanfa Bridge (20 Baht). Make sure naik ferry yang betul dan menuju ke arah yang betul. Naik ferry ni sepatutnya senang, yang susahnya mostly local yang naik ferry ni tak boleh cakap English. Susah kalau kita nak tanya soalan dengan mereka. 


Dari pandangan ni, kami kena naik ferry
di sebelah kanan jetty. 
Sebab kami pergi waktu kemuncak, kami memang kena berdiri naik ferry ni. Sebab orang terlalu ramai. 

Bila dah naik ferry, nanti akan ada orang datang kutip duit. Bagitau nak ke mana, dan mereka akan mintak berapa baht. Ferry ni untuk local, sebab tu murah. Memang ada ferry yang disediakan untuk tourits, Jangan naik yang itu. Ferry tu akan ke tempat sama tapi dengan harga yang sangat mahal! Ferry local yang kami naik ni, macam bas lompat. Kalau ada seat, boleh duduk. Kalau tiada, berdiri. Dan kalau duduk di tepi, kalau ferry berselisih dengan ferry lain nanti akan terpecik air.

Dari Phanfa Bridge kami berjalan lebih kurang 900m ke Giant Swing. 


Giant Swing

Seterusnya kami ke Grand Palace. Jarak dari Giant Swing ke Grand Palace lebih kurang 1.2 km sahaja dan kami jalan kaki lebih kurang 15 minit ke sana. 

TIPS: JANGAN PERCAYA KALAU ADA LOCAL CAKAP GRAND PALACE TAK BUKA ATAU HANYA DIBUKA UNTUK THAILAND PEOPLE ONLY SEBAB SEMUA TU SCAM. 

Bila hampir sampai ke Grand Palace, kami jumpa dengan local yang cakap Grand Palace tutup untuk foreigner. Dia suruh ikut dia pergi naik Private Boat dan bayar 3,000THB untuk satu bot dan bot tu akan bawa kami pusing Chao Phraya River untuk lihat pemandangan semua Wat di Bangkok. THB3,000 satu bot, sangat mahal!! Tapi masa tu kami memang tertipu. Dia siap panggilkan Tuk Tuk untuk hantar kami ke Private Jetty. Bila atas Tuk Tuk baru Farah teringat tips yang Farah baca di web pasal scam ni. So kami terus amik Grab dari private jetty tu ke Grand Palace dan memang Gran Palace buka. Orang tu scam kami dan kami rugi hampir 90baht untuk kos Tuk Tuk dan Grab!


Ticket counter - Grand Palace
Grand Palace
Grand Palace
Grand Palace

Grand Palace ni sangat besar. Tapi kami jalan-jalan disini dalam 2 jam sahaja. Sangat penat dan kami cepat-cepat mahu keluar untuk makan. 



Tiket Grand Palace ni sebenarnya termasuk tiket untuk lihat Tarian Bertopeng dan tiket bas untuk ke Hall Tarian Bertopeng tu. Harga 500 Baht seorang.
Kemudian, kami ke Salam Restaurant untuk makan. Kami berjalan dari Grand Palace ke Stesen Ferry Tha Chang dan naik Ferry ke Stesen Wang Lang, hanya 20 Baht untuk 3 orang. Salam Restaurant terletak di Stesen Wang Lang, Level 2.

Salam Restaurant

Kami makan di sini kerana ada Prayer Room disediakan
Makanan boleh tahan dan affordable. 
Pemandangan Jetty Wang Lang dari Salam Restaurant



Sebab kami berjalan lama di Grand Palace tadi, kami memang sangat penat. Kami duduk makan lama di restoran ni. Lebih kurang jam 3 petang, kami berjalan ke Wat Arun. Sebenarnya, ada dua cara yang menjimatkan untuk ke Wat Arun dari Salam Restoran ni.

Pertama, naik bot ke Tha Chang semula, dan berjalan ke stesen Tha Tien. Di stesen Tha Tien ada sediakan bot untuk cross river ke Wat arun, hanya 4 baht seorang! Kurang penat sebab kena jalan sikit je. 

Kedua, jalan kaki dari Restoran tadi ke Wat Arun, agak jauh sikit, lebih kurang 2km. Agak penat tapi sebab kami nak enjoy the view la kononnya, so kami pilih untuk jalan kaki. 30 minit juga, ngam la kami sampai tu boleh tengok view sunset. 

Wat Arun

























TIPS: PERGI WAT ARUN PETANG, SEBAB MASA SUNSET, PEMANDANGAN DI WAT ARUN NI SANGAT LAWA DAN CANTIK.

Bila matahari dah hampir tenggelam, kami naik ferry dari Wat Arun untuk cross river ke Tha Tien (Wat Pho). Harga hanya 4 baht seorang. Dari Tha Tien, kami jalan ke Ferry Tha Chang berdekatan Grand Palace tadi.


Pemandangan Wat Arun dari bot kami. 

Di Tha Chang, kami naik local ferry ke Asitique. Harga 15 baht seorang. Sebenarnya boleh je kalau nak naik grab, lagi cepat, sedikit mahal. Tapi MUST DO di bangkok adalah naik cruise/ferry melalui Chao Phraya River dan lihat pemandangan malam di Bangkok. Pemandangan waktu malam di Bangkok sangat lawa kerana banyak lampu dan Wat di Bangkok akan ada lampu yang sangat lawa.


Ini adalah jalan yang bot akan lalu. Harga tiket yang kami tunjuk ni adalah pakej private bot. Kami naik local bot, harga hanya 15 baht seorang. Dan bot last adalah pukul 8 malam. Mesti tepat masa!
Pemandangan dari atas bot.

Wat Rajsingkorn(kanan) adalah stop paling last. Dari sini, perlu jalan kaki ke Asiatique lebih kurang 500m.
                            


Asiatique ni macam open mall dan funfair. Landmark di situ adalah Ferris Wheel, rumah berhantu dan kuda pusing (tak tahu la apa nama). 

Kuda pusing
Ferris Wheel
Rumah hantu. 

Kalau ada duit lebih, boleh la main semua permainan tu. Kalau tak silap, harga untuk naik Ferris Wheel tu dalam THB500 seorang. 


Asiatique
Di Asiatique juga terdapat banyak kedai untuk shopping. Tapi harga barang disini 5 kali ganda mahal dari Chatuchak. Walaupun Farah dah cuba tawar menawar, harga still lagi sangat mahal. Kalau nak beli satu dua barang tu boleh la, tapi untuk beli banyak tak disarankan sangat unless duit korang terlalu banyak.

Terdapat banyak Bar & Restoran (non-halal) disini. Kami tak jumpa restoran halal disni walaupun orang kata ada je. 

Pemandangan Bangkok dari Asiatique

Seterusnya kami balik ke area Hostel di Pratunam sebab dah sangat penat. Seharian kami banyak berjalan dan naik public transport. Kami naik bas di Bus Stop Asiatique (depan Dunkin Donnut) dan turun di Pratunam (Indra Square Bus Stop) 

Kami makan di Maedah Muslim Restaurant, perlu melalui Pratunam Market untuk ke Restaurant tersebut. Kami makan di sini sebab nak solat. Tapi surau di sini kurang bersih dan laluan untuk ke surau ini agak menakutkan. Sebenarnya, ada satu lagi Restaurant di Pratunam yang halal dan ada sediakan surau yang bersih iaitu Makan@Pratunam , restoran ini terletak di sebelah Talad Neon. Tapi, hari pertama kami belum tahu tentang restoran ini. 



Tomyam di Restoran ni sedap walaupun harga sedikit mahal. Tapi yang penting halal dan bersih. Masa ni kami sangat penat sampai nak makan pun tak lalu. Bila dah balik bilik dan mandi, barulah kami rasa segar dan lapar semula. 

Jadi, disebabkan 7E hanya berdekatan, kami keluar beli makanan di 7E dan makan untuk supper pula. Beli sekali breakfast untuk pagi esok sebab kami akan keluar awal pagi esok. 

Hari kedua kami di Bangkok sangat penat tetapi seronok. Walaupun kami hampir di tipu orang dan banyak kali salah naik transport, tapi Alhamdulillah we made it! Kami semua perempuan dan Google Maps sangat penting semasa kami di sini. Nasib baik la kami ada buat research sebelum ke sini. 

Thanks for reading and bye!




Crush



Bila kita lepak sama sama
kita dengan kawan kawan kita.
aku selisih dgn kau dan kita dgn kawan kawan kita.

aku tegur kau. 
sembang.
gelak huha huha.
senyum lebar lebar.
bernafas pun okayla macam biasa.  

-- -- --- -- -- --- -- -- --- - -- --- -- -- --- -- -- --- - -- --- -- -- --- -- -- --- 

tapi, bila aku jumpa kau
selisih dengan kau dan tanpa kawan kawan kita.
kau duduk sebelah aku, 
dan hanya kau dan aku tanpa kawan kawan kita. 

aku tak boleh tegur kau.
satu topik pun tak keluar untuk sembang dengan kau.
aku jadi malu gila even nak senyum dkt kau.
muka aku merah bila pandang kau. 


Dan kau pun sama.


bukan maksud aku, kau suka aku juga.  
cuma aku tahu yg kau tahu, aku suka kau. 


kita jadi awkward dgn kita. 






kau kena tahu



aku pernah baca, 


''kadang kadang Allah hadirkan seseorang itu 
untuk mengubah kita, 
atau kita yg akan mengubah dia. ''


aku tak kisah la kenapa kau terjebak dalam hidup aku.

yg penting,
aku nak kau stay.