ASSALAMUALAIKUM !
Segala kesulitan harap di maafkan . Blog masih dalam penyelenggaraan. Thanks :)
♬ jagiya farah ◕ ‿◕ ♬: Yakin , Sahabat dan Ujian . ohhh , betapa indahnya hidup ini .


Pages

Yakin , Sahabat dan Ujian . ohhh , betapa indahnya hidup ini .


assalamualaikum .


Tidak pasti kenapa aku tetap ingin menulis di blog sedangkan borang interview masih belum di tulis dan di isi . mungkinkah kerana sekelumit rasa ketidakyakinan yang hadir ke dalam lubuk hati aku yang paling dalam ini kerana terpaksa menghadiri interview tanpa seorang teman sekolah . di tempat yang tidak di kenali , tanpa sebarang pengalaman interview sebelum ini ? 

Mungkin , sebab YAKIN itu yang terlalu jauh dengan aku . 
lalu bagaimana aku boleh terus hidup tanpa keyakinan dalam diri sebelum ini . aku sendiri tidak pasti . 

Barangkali kerana aku punya sahabat yang hebat. mereka mengumpul sedikit dari keyakinan mereka dan berikan terus kepadaku . supaya aku lebih kuat dan punya semangat untuk meneruskan hidup lagi . 

Benar , aku hidup kerana adanya mereka . aku berjaya berkat dari tiupan semangat dan hasil keyakinan yang diberi mereka kepada aku dulu. DULU , saat aku jatuhh kecundang kerana terlalu taksub dan tunduk dengan perasaan sendiri .

Ummmpphh . terlalu banyak jasa mereka ke atas aku. takkan aku lupakan setiap nasihat yg pernah aku dengar dahulu.kini , aku perlu kumpulkan sendiri keyakinan itu .menyeru rasa itu menghampiri aku. dan tidak lari tika dia sudah dekat denganku. tapi bagaimana ? 


------------------------------------------------------------------------------------------


Semalam , aku berbual dengan seorang yang agak ku kenali . sudah lama tidak berhubung dengan dia . rindu untuk terus mengetahui apa yang dia temui sepanjang hidup dia . mungkinkah orang seperti ku lagi ? hahaha :D

Tidak . hidup dia banyak berubah . baguslahh . sama seperti aku .

Kami berkongsi kisah hidup kami , dan YA ALLAH . ternyata begitu berat ujian yang terpaksa di lalauinya . Sakit , Dianayai oleh kawan sendiri, Kewangan, Kasih sayang dan tak lupa Cinta terhalang . Allah . semua itu dengan sekali rasa saja . bagaimana dia boleh terus kuat ? KAGUM. dan aku tahu , dia kuat kerana tidak mahu melihat orang yang disayanginya terus lemah . 

Kalau aku pasti tidak mampu menahan semua rasa itu . aku tahu , aku lahir dari keluarga yang sudah agak senang. dan aku tak pernah kenal erti kejatuhan . oke, even aku dapat nombor last dalam kelas aku tahu aku tidak jatuh.tapi aku yang tak ingin naik.dan aku tahu saat itu aku tidak berusaha . lalu , kenapa mesti mengeluh dengan sesuatu yang tidak pernah aku usahakan ? 

Ya , Berjaya itu bukan kerana kamu selalu cemerlang dalam peperiksaan sahaja. Berjaya juga adalah tika kamu boleh BANGKIT dari kejatuhan . 

Aku sangka , aku sudah kuat setelah di uji dengan begitu berat Tahun lepas. tahun aku ambil SPM . tapi sangkaan aku meleset . hidup aku mungkin masih panjang, dan banyak lagi ujian yang harus aku lalui. tambahan pula bila aku study di luar negeri .

Ujian yang pernah aku lalui itu masih tidak cukup berat lagi . Allah mengetahui segalanya . dan mungkin bila tiba masanya , Allah menguji setakat mana aku beristiqamah dengan segala niat yang telah aku pasang sedikit demi sedikit ini . untuk menjadi seorang muslimah seperti sahabat sahabatku yang lain . Allahuakbar ! 




Lihat sahaja sekarang , aku masih mahu mengeluh dengan apa yang aku ada . sedangkan orang lain lebih susah dari aku . hanya kerana tiada teman ke interview aku sudah berasa lemah . hanya kerana tidak tahu bagaimana perlu dipupuk keyakinan itu aku terus gundah gulana .sedangkan dia , boleh terus berdiri tanpa ada sahabat sehebat sahabat aku . 

astaghfirullahalazimm Farah . kamu kata kamu muhasabah diri . tapi benarkan apa yang kamu muhasabah itu ? atau sekadar terdetik di hati tanpa bermuhasabah diri ? Allah .


notahati : Hidup ini Memang Terlalu Indah Dan Luas Untuk Diterokai . Lalu Kenapa Mesti Melatah Dengan Ujian Yang Hadir ? Tanpa Ujian Kita Tidak Mengenal Diri Sendiri dan Kita Takkan Jumpa Di Mana Keindahan Sebenar Hidup Ini :)



tak nak comment pon like jer boleh . hee ~

1 budak comel merepek:

fatyn melyssa said...

Nice entry done follow here :)

Post a Comment

assalamualaikum .
semua boleh komen di sini .

p/s : BUDI BAHASA AMALAN MULIA :)