ASSALAMUALAIKUM !
Segala kesulitan harap di maafkan . Blog masih dalam penyelenggaraan. Thanks :)
♬ jagiya farah ◕ ‿◕ ♬: temuduga PISMP : a little experience , a lot of lessons .


Pages

temuduga PISMP : a little experience , a lot of lessons .



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada non-muslim yang bace entry ini :)


semangat berkobar kobar nak tulis entry pasal interview tadi . first experience ,tak de lahh teruk sangat . disebabkan IPG Dato' Razali tu agak jauh , aku bertolak seawal 6.30 pagi lagi . awal la kot. hikhik.

actually aku tak rase nervous langsung tadi . yakin pun tak jugak . aku pergi tanpa membawa apa-apa perasaan .hanya membawa hati yang mati , tanpa rasa dan jiwa . cehh . INSAK tak de laa susah macam aku bayangkan . soalan yang lebih kurang statement . dan kita hanya jawab setuju atau tidak setuju . 135 soalan dalam masa 30minit .

aku sesi kedua interview . sebelum masuk bilik interview , kami diberi sticker untuk tulis name dan 'tepek' dibaju . (u know what is tepek? tepek is a verb . it means lekatkan . hahaks :D) . kemudian dokumen2 penting kami di serahkan kepada penginterview tadi . setelah selesai semuanya baru lah kami dipanggil masuk ke bilik C .

baiklahh . aku masuk kebilik tersebut masih tanpa apa2 perasaan . penginterview tuhh baik sangat , aku tak rasa ape-ape laa . duduk , betulkan badan , dan pandang mereka berdua . seterusnya dia mula bertanyakan soalan . 

" kenapa nak jadi cikgu Matematik . kenapa tak jadi cikgu lain ? berapa gred ADDMATHS dan MATH ? "

semua orang jawab , " kerana saya minat subjek Matematik sejak kecil lagi . saya suka buat soalan matematik dan bla bla bla  "

aku ? aku jawab sejujurnya . dan of course lahh yang jujur ni lain dari yang lain . hahas . 
" kerana subjek Matematik adalah subjek yang lebih senang berbanding subjek-subjek lain ." it means bukannya aku minat sangat matematik macam mereka .

dan setelah mereka memberitahu gred maths dan addmaths mereka , aku sedikit merendah diri . ye lahh , aku sorang je yang dapat B addmaths . diorang semua A+ dan A- . wuuwuuuwuuu , tapi budak kat tepi aku tuhh kurang ketinggian . so aku masih boleh merasa tinggi diri kot hikhikhik.

kami diarahkan untuk tengok video dalam lap top mereka . dan soalan seterusnya yang ditanya berkaitan video tersebut 100% .

tapi bila mereka tanya soalan seterusnya ,jiwa aku kacau . bukan ke tadi aku dah tinggal semua perasaan ni kat rumah ? hak sapaa laa mai jangkit kat aku nii . nervous gilaa saat itu . tapi aku ikut nasihat kawan aku , CONTROL MACHO . hahas , tak boleh ahh nak control ayu , silap silap tak keluar suara ni , ayu sangat . hehe :)

disebabkan aku tergolong dalam kalangan pelajar yang bijak so setiap soalan yang di ajukan mendapat bertubi-tubi jawapan . dan aku ? ahhhh , kering otak . ape yang aku nak jawab diorang dah jawab . bertambah laa nervous aku lepas tuu . so aku jawab je ape yang aku nak kate walaupun jawapan yang same dengan mereka . 

soalan-soalan seterusnya , aku berusaha untuk menjadi orang pertama yang menjawab setiap soalan . hahaha . tak sangka yg aku boleh confident sampai begitu sekali . confident nak jawab first je laa . tapi masa tengah jawab tuhh , ayat tongkang tebalik . tak sangka BM aku lagi teruk dari BI dan grammar aku tok sahh kata laa . 

saat itu aku terfikir , " ehh sejak bilaa pulak aku gagap ?" .

EYE CONTACT ? hahaha . lupakan pasal benda nii . aku hanya tengok mata dia time dia tanye soalan. mase tengah jawab soalan , aku akan tengok ke tingkap belakang atau ke tangan mereka . tak pe , mungkin dia faham dengan BODY CONTACT aku . body contact yang keterlaluan . kaki aku tak henti bergerak dan memang tak boleh dihentikan tambah-tambah mase aku tengah bercakap . jika kaki ini berhenti dari bergerak , nescaya mulut aku akan kaku dan tidak dapat mengeluarkan suara . kaki tu yang push out suara aku . hahahaha mengarut lagi .

ada dia tanye soalan , " kita sudah sedia maklum bahawa pelajar di pedalaman agak malas contohnya seperti menghafal sifir . jadi bagaimana cara anda untuk mengatasi masalah ini "

yeah seperti biasa , aku akan angkat tangan first untuk menjawab soalan .(percayalah dgn perbuatan aku yg aku sendiri tak percaya aku akan lakukannya tp aku dah lakukannya ) .

dengan sedikit keyakinan, " saya akan tetap membantu mereka sehingga mereka mampu mengingati sifir2 tersebut . saya juga akan cuba Mencipta formula baru mungkin seperti nyanyian (saat ini aku teringatkan Gwiyomi hahaha) dan cuba untuk memotivasikan mereka supaya sedar bahawa ilmu itu sangat berguna bagi mereka . takkan mereka nak tinggal selamanya di pedalaman dan tidak mahu menjadi seorang yang berjaya seperti orang lain . jika bukan mereka siapa lagi yang boleh membuktikan bahawa masyarakat pedalaman juga boleh berjaya." begitu lahh lebihh kurang . ayat sebenar sangat lintang pukang dan tidak seperti ayat . hahaha :D

tetiba salah sorang dari penginterview itu ketawa dengan jawapan aku . lantas berkata :

"awak nak reka formula sendiri ke ? nak reka yang baru ? hahaha "

ahhh korang ,tolong rase sendiri ape yang aku rase saat dia tanye macam tuu . dengan muka yang Super Evil. cis rendahkan kebolehan aku yerr. aku buat Gwiyomi sebagai contoh kang baru tahuu .

dengan keyakinan yang semakin kurang . " Ya ." dan tunduk kebawah . memang FAIL !

dan soalan-2 selepas tu berjalan seperti biasa . aku lahh salah sorang manusia yang bercakap gagap dan BM yang tahap E kot . kenapa mesti saat ini aku gagap . they keep asking about the video , dan akhir sekali dia suruh kami buat kesimpulan berkaitan video tersebut . 

sebenarnya , jika 10 soalan yang di tanya kpd kami jawapan kami mesti lebih kurang same dan tak sah kalau tak cakap yang " hidup di pedalaman agak sukar dan mempunyai banyak kekurangan kemudahan pengangkutan dan bla bla bla . " begitu jugalahh kesimpulan kami . aku rase macam aku je yang senyum saat di interview tuhh . orang lain semua serious dan nampak yakin dengan jawapan mereka . aku ? kadang-2 ketawa dengan jawapan aku yang tah pape dan ayat yang lintang pukang . ohhh -.-'


yeee , aku memang tak serious dengan IV ni . aku menghadirinya kerana aku ingin merasa pengalaman di interview . menjadi guru bukanlahh cita-cita aku . dan aku sebolehnya tidak mahu jadi pendidik . itu bukan sesuatu yang aku kejarkan . tapi andai itu rezeki aku dan sudah tercatat bahawa itu pekerjaan aku , aku redho .

so , sesiapa yang nak pergi interview tuhh sila kumpulkan keyakinan anda . jangan jadi seperti aku . terkena serangan hendap si gagap ketika di bilik interview . hehe . good luck semuo ! hehe ^_^




tak nak comment pon like jer boleh . hee ~

6 budak comel merepek:

Rara Shi said...

Kak, soalan dia memang simple je ke? tolong jawab 😂

Nur Syahirah Abd Razak said...

terima kasih atas perkongsian :)

nur asyiqin said...

ada Tanya soalan pasal matematik x?

farah izzati said...

@nur asyiqin ada je dik. ada yang dia suruh pegi mengajar dekat depan dia bagi marker dgn whiteboard.

farah izzati said...

@Rara Shi

ehh takde la simple sangat. depends jugak la. ada group yg dapat soalan susah. ada group yg dapat soalan biasa biasa je. ada yg kena pegi mengajar.

farah izzati said...

@Nur Syahirah Abd Razak sama sama :)

Post a Comment

assalamualaikum .
semua boleh komen di sini .

p/s : BUDI BAHASA AMALAN MULIA :)