Bismillahirrahmanirrahimm . . . .
semalam , adik aku sakit gigi . kami off ke Jerteh dalam pukul9 malam . dah lewat pun . ape pun gigi adik aku mesti di cabut malam ni jugak. macam biasa , kami layan radio klasik nasional dalam kereta . itu adalah channel kesukaan ayah aku , KLASIK NASIONAl (bace dengan melodi ) . suasana sepi . cuma suara radio sahaja yg menemani kami sekeluarga .
tetiba ayah aku keluarkan topik . berbual dengan mak aku .
'ehh . hari ni berapo hari bulan ? '
"1 april . bakpo ?"
'ohhhh . kito buleh ambik dohh laa hadioh kito dekat .... ' (kurang jelas tempat yg dia sebut )
"ehm . hari jadi abe dok . 25 hari buley ."
' hoolaaahh . anok anok dok ingat hari jadi ayoh . sapa ayoh diri tok ingat hari jadi ayoh . '
mula mula aku dengan mak aku gelak gelak je . tapi bila ayah aku sambung lagi ayat dia lepas tue , kami senyap .
' time hari jadi mok gak , bui hadioh gotu . hok tuh bui hadioh goni . siap kumpul duit lagi . hok duk asrama telefon ucap happy birthday ko mok . balik nok bui hadioh ko mok . sayang nyo ko mok . time hari jadi ayoh senyap jah belako .'
dengan nada kecewa , sayu suara ayah aku . ayah aku betul betul terasa hati dengan aku . haih . kesian pulak .
---------------------------------------------------------------------
mase aku kecik kecik dulu , aku selalu fair . bila birthday mak , aku bagi hadiah kat mak . bila birthday ayah aku bagi jugak hadiah kat ayah . tapi seingat aku , sekali je pun aku bagi hadiah untuk ayah aku . huhuks .
mase tu aku darjah 5 . ape sangat yg boleh aku beli . so , aku just beli sepasang selipar kat pasar malam untuk hadiah birthday ayah aku .
aku pun dah lupe macam mana design selipar tu . yg pasti cantik jugak lahh . standard hadiah birthday laa . bukan selipar jepun . hihiks .
semalam mak aku story kat aku , ayah aku selalu je cari selipar yg aku belikan untuk dia dulu tuu kat pasar malam . dia cakap selipar yg aku belikan tu sedap di pakai , selesa , cantik dan macam macam lagi laa . siap mention name aku lagii .
"selipar hok FARAH bagi HADIOH birthday rituu ."
ohh . terharu aku dengar story mak aku . tak pe lahh , nanti Hari Bapa aku belikan hadiah untuk dia . bila fikir balik memang kami ni tak adil . setiap tahun , kami adik beradik akan selalu bagi hadiah hari ibu dan hari lahir untuk mak aku . satu hadiah untuk dua hari tersebut . hihiks . aku lahh yg sentiasa shoping barang barang tersebut . adik aku tolong kirim je .
tahun lepas kitorang tak cukup badget . so aku just buatkan kad Hari Ibu untuk mak aku . besar punye . special untuk mak aku .
isi luar nye . habis gambar mak ayah aku kena gunting . sweet tak? haha :)
habis album family aku godek . sampai berterabur semua gambar . ini lahh hasil nya .
tak pe . lepas ni aku try buat birthday kad untuk ayah aku yg lagi lagi special . ade sesiapa tahu tak , apa yg sesuai untuk di jadikan hadiah hari bapa ? tak de lahh mahal sangat sebab aku bukan banyak duit pun . hihiks . ^_^
#notahati : cadangan boleh ?
beli sesuatu yg dia boleh guna sehari-harian cth t-shirt, dompet atau pun tali pinggang...
ReplyDeletex sangka kali ini khatam juga aku baca entry pasal kisah wanita nie.. hehe.
ReplyDelete@kopi pasta
ReplyDeleteehm , kalu t-shirt oke gak kan . hehe . thanks :)