Pages

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (vs) Kolej Matrikulasi Johor


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada non-muslim .


tak sangka cepat sangat masa berlalu . terasa seperti cuti masih panjang dan masih lama aku perlu berada di rumah . haihh . malaih ah nak kemas barang hikhik(point sebenar) .

so IPTA mane yang aku pilih ? Matrix ka . UIAM ka . hahaha setelah sekian lama beremosi di facebook , aku akhirnya dapat buat keputusan untuk hidup aku .




Universiti Islam Antarabangsa Malaysia . (Asasi Sains Kemanusiaan )

universiti yang menjadi Impian aku. pernah aku termimpi mimpi sedang belajar di universiti ini . betapa aku sangat2 mengimpikan IPTA ini . sebab apa? aku sendiri tidak pasti . barangkali kerana aku terlalu terpengaruh dengan rakan-rakan aku yang lain . 

-UIAM best !  
-UIAM syok laa , suasana macam obersis . 
-UIAM , ikhtilat kita terjaga insyaAllah .

-UIAM , universiti molek. susoh nak dapat sane wehh. kalau dapat tuh kira bertuah sangat laa .
-lagipun UIAM kan asasi . jimat masa kan ?

dan banyak lagi laa yang aku dengar . betapa aku terlalu menaruh harapan untuk UIAM ini . aku pohon dua kos untuk UIAM ni . pertama - Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan. kedua - Asasi Sains Kemanusiaan . walaupun aku tak nak kos kedua ni , aku tetap pohon . haihh . 

And guess what ? take a look on this print screen :)


I got it ! 
tapi , disebabkan ini lah perasaan aku berkecamuk. apa yang aku rasa serba tak kena . aku mengharapkan pilihan pertama , Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan . tapi dapat Asasi Sains Kemanusiaan . bersyukurlah Farah ! Redho saja . memang , sekian lama aku memujuk hati aku . 




Kolej Matrikulasi Johor ( Perakaunan )

sebelum keputusan IPTA di umumkan lagi , aku dah yakin untuk ke KMJ . borang dah diisi . Otograph dan Cop Jkkk telah tercalit di borang tersebut . Yuran dah dibayar . segala keperluan dah di sediakan . memang exited sangat aku nak ke Matrix .

banyak yang aku dengar tentang keburukan Matrix . sangat tinggi risikonya . sanggupkah aku menempuhinya? 

-Kat situ study start 8 pagi sampai 5 petang . Kau sanggupkah ?

-Kat situ kena struggle betul2 . tak leh nak rehat ahh .

-Matrix kau kena pastikan yang kau dapat pointer tinggi . atas dari 3.5 .

-Matrix tak jamin dapat masuk Universiti yang kau nak lahh . tambah2 UIAM .

-Matrix susah nak masuk Universiti dan Course yang kau nak . banyak manusia lagi yang nak compare dengan kau . STPM ade lagi .

memang betul semua yang aku dengar tuh. Aku tahu . tapi setelah aku kaji sepenuhnya , susahnya sama je dengan asasi . both aku perlu struggle . kalau malas , ape pun tak jadi . walau amik Diploma sekalipun .

disebabkan terlalu buntu samada untuk meneruskan niat aku ke KMJ atau berpaling arah ke UIAM , aku tanya Pak sedare aku keburukan dan kebaikan UIAM . Pak Google hikhik .

habis group dalam FB aku join. dan ramai jugak laa senior2 UIAM aku add dekat facebook . for what ? untuk tanye soalan lahh hahas . dengan muka yang tak tahu malu tanye itu dan ini . apa yang aku nak tahu sangat hanyalah tentang Pertukaran kos .aku akan ke UIAM jika aku dapat tukar kos .  

setelah dikaji  dari blog ke blog , dari seorang ke seorang senior , dari satu group ke group yang lain , permohonan pertukaran kos memang boleh di situ . kenapa tak nak sangat Human Sceince ni , teruk sangat ka ? bukan . aku telah kaji tentang kos ini . 

Ya Allah , prospek pekerjaan bagi kos ini sangat luas . banyak bidang yang mungkin boleh diceburi . tapi , tiada kaitan dengan matlamat hidup aku . so kenapa aku mesti pilih kos yang tiada kaitan dengan matlamat aku ? yakin kah aku akan terus berusaha untuk terus berjaya? berjaya untuk apa ?

memang , aku tak seperti orang lain. mereka merebut peluang yang ada didepan mata kerana mereka yakin , mereka boleh sesuaikan diri mereka dengan peluang itu . aku ? aku  nak lakukan sesuatu yang menyeronokkan aku . supaya aku tidak menyesal sepanjang hidup aku . nonsense kan ? tapi itu aku .

OK . UIAM pilihan aku dah diorang kata boleh tukar kos . print surat tawaran serta beli baju dan barang2 keperluan lain . Namun hati aku tetap gemuruh , perasaan masih berkecamuk , tidak yakin. Kata sahabat aku " Istikarah lah . kan Allah dah kate , tanye Dia bila tak tau nak buat pilihan . Caranya Istikarah " . aku meneruskan lagi istikarah aku.

mungkin keputusan aku salah .jadi aku tanye balik senior UIAM . boleh kah pohon UIAM selepas matrix . Alhamdulillah , dia beri penjelasan yang sangat padat untuk aku . sangat panjang dan jelas . mungkin UIAM bukan jodoh aku lagi . dan aku redho jika aku tidak diterima ke UIAM lepas matrix . kate nak kejar matlamat . jadi kejarlahh , cuba capai matlamat tersebut . UIAM itu hanya impian . 

tapi sekarang, dah banyak nasihat yang aku terima . 

Farah , kuatkan imann bila berada ditempat orang .
Farah , jangan terlalu sosial . 
Farah , kejar matlamat kamu . jaga batasan pergaulan dan syariat kamu .
Farah , insyaAllah jumpa di Universiti nanti . UIAM mungkin hikhik .
Farah !! 4Flat okehh ! hahaha .


InsyaAllah sahabat . hehe :)

so , aku bakal penuntut Kolej Matrikulasi Johor . Daftar 27Mei2013 . amek kau , raya nanti nak gi shoping kain baju kat Tangkak sampai muntah . nak enjoy kat Legoland puas puas . Nak pegi Singapura jugak . hahas . (sekadar sedapkan hati sendiri sebab nak tinggal rumah untuk masa yang lama dengan jarak yang jauh huhu )


p/s : Allah tak berikan apa yang kita mahu . Dia berikan kita , apa yang kita perlu :)








7 comments:

assalamualaikum .
semua boleh komen di sini .

p/s : BUDI BAHASA AMALAN MULIA :)